Unit Kokurikulum SK. Powered by Blogger.
Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa - Surah Al-Hujrat : 13

PENCARIAN

Thursday, April 10, 2014

PENJIMATAN KOS PELAKSANAAN KEM BERUNIFORM SEKOLAH

Terpanggil juga saya apabila memikirkan masalah kos dan perbelanjaan sekarang yang semakin meninggi berikutan dengan peredaran masa.Nak beli apa semua...mesti dah mahal tambahan pula dengan kos minyak yang naik...barang keperluan lain pun naik.Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak dan menjadi tugas serta tanggungjawab kitalah sebagai seorang pengguna lebih-lebih lagi sebagai seorang guru untuk bijak apabila berbelanja terutamanya apabila melibatkan kewangan sekolah yang merupakan amanah kepada kita sebagai seorang guru.

Penganjuran Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform juga tidak lari apabila kita berbicara tentang kos.Pendek kata kos akan tinggi sekiranya kita buat Kem di luar sekolah kerana ianya melibatkan banyak penyewaan termasuklah tapak dan pengangkutan.Jadi, untuk kurangkan kos apa salahnya kita buat sahaja kem tersebut di dalam sekolah!Maka kos yang digunakan nescaya berkurangan.Cuba kita lihat...untuk buat kem di luar jika tapak,alatan,dewan,makan dan minum kekadang sudah menjangkau perbelanjaan sekitar RM50-RM100 sekiranya melibatkan 2 hari 1 malam..itu belum lagi jika 3 hari 2 malam,sudah tentu kosnya semakin MELAMBUNG!

So..tidak salah jika kita adakan KEM tersebut hanya di dalam SEKOLAH.Selain kos boleh jimat...keselamatan murid pun terjamin sebab tidak ada binatang buas,sungai atau kolam dan masalah keselamatan yang lain serta membimbangkan.Pedulilah apa orang nak kata,BOSAN lah kem dalam sekolah.Cuma untuk jadi lebih menarik kita perlulah lebih kreatif dan lebih cakna dengan pengisian pelbagai slot dan aktiviti yang menarik.


Di sini saya bagi cadangan kepada cikgu bakal yang akan adakan KEM,cara bagaimana untuk CUT KOS!

1.Makanan dan minuman: 
  • -Berbincang dengan pihak kantin untuk mengurangkan kos makanan dan minuman.Katakan pada      mereka cikgu tetap setia dengan KANTIN dan tidak menempah makan luar dan puji sikitlah!
  • -Mintak sponsor sikit dengan PIBG...tak dapat banyak,....sikit pun jadilah.
  • -Adakan slot Ikhtiar Hidup seperti masakan hutan dan masakan kemudian suruh murid bawa  bahan mentah sendiri seperti beras,mee hoon,telur,sardin dan sebagainya barulah jimat.Lebihkan  minum air masak berbanding air manis terutamanya ketika makan malam.
  • Masak sendiri jek makanan..beli bahan mentah sendiri tetapi guru-guru kena BERLUMUS TUNGKUS sikitlah...
  • Mintak AIR MILO dengan syarikat NESTLE.

2. Khemah : 
  • Ada sekolah yang MEMBAZIR sewa khemah sehingga RM20 untuk 2 hari 1 malam.Apa kata kalau    rajin sikit buat surat kepada Pusat KOKO untuk pinjam khemah.Lepas tu pandang-pandang sikit kat  sekolah2 sebelah yang ada khemah..try lah mintak pinjam.Insyallah dapat!Yang penting kena usahalah.

3. Hadiah :
  • Budaya lama beli hadiah dengan PEMBEKAL secara L.O dikira sebagai jalan paling SELAMAT dan MUDAH tapi  sebenarnya barang akan berganda lebih mahallah daripada beli CASH.Cuba cikgu mohon sumbangan daripada semua PEMBEKAL dan syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan pihak sekolah..mintaklah 1 syarikat 1 atau 2 hamper ker..kalau dah semua dapat kan jadi banyak.So...untuk itu yang penting kena RAJINLAH lagi sekali!

4. Fasilitator:
  • Buat apalah bayar mahal-mahal pada konsultan yang belum tentu dapat impak yang kita harapkan.Tenaga guru kan ramai...pakat-pakatlah buat sikit sorang untuk cipta kelainan.Adakan LDK yang menarik minat murid...rasanya hasil lebih baik dari konsultan yang bernilai RM RM tu.
  • Tak pun buat surat mohon pelajar-pelajar sekolah menengah yang PRS tu pun boleh juga...atau STUDENT Universiti atau IPTA...paling tidak pun ALUMNI sekolah yang bila-bila masa bersedia berkhidmat sekiranya mendapat jemputan.

5. Alatan/Aktiviti:
  • Untuk pengetahuan cikgu skrg ni Pusat Kokurikulum Negeri saban tahun offer mana-mana cikgu yang berminat untuk jadi JURULATIH Pusat Koko.Sekolah saya tidak terkecuali..dah 2 org cikgu saya hantar..dan skrg mereka dah bergerak aktif di peringkat NEGERI dan KEBANGSAAN.Yang baiknya...tenaga    dan KEPAKARAN mereka inilah yang kita boleh gunakan di SEKOLAH pula..macam-macam aktiviti  yang baru dapat kita lihat sekiranya PASS tugas kat mereka.Satu lagi senanglah sikit nak pinjam ALATAN kat  Pusat KOKO kalau ada orang dalam ni(shhhhh!)
  • Satu lagi dalam banyak2 PARENT kat sekolah itu mesti ada sorang dua TAUKE alatan ker...TAUKE resort ker...rajin-rajinlah pakat jengok kot mana tau dapat BENDA FREE.Selain tu, tenaga mereka juga dapat kita guna untuk pelbagai tujuan.Insyallah mereka boleh membantu!

Jadi cikgu -cikgu banyak perkara kita boleh ubah dari kebiasaan daripada kita membazirkan kos yang bukan turun dari langit ni.Ada sekolah yang kutip sehingga RM100-RM200 untuk tujuan perkhemahan. Ini sesuatu perkara yang kita perlu ambil perhatian.Memang ramai antara kita akan kata"Takpalah...budak-budak saya mampu,biarlah nak kutip berapa pun", tapi tidak kita sed armungkin ada segelintir daripada mereka yang hanya berputih mata kerana tidak MAMPU membiayai kos tersebut.Sebaik-baiknya kutiplah wang sumbangan daripada murid secara minima dan  gunakan kos kewangan sekolah sebaik mungkin untuk tujuan tersebut serta tidak membebankan.

Sebagai tambahan juga untuk Perkhemahan sekolah saya,pada MALAM KEBUDAYAAN saya ada juga jemput seorang penyanyi yang baru meningkat naik melalui YOU TUBE dengan lagu-lagu MENGENANG MH370 dan beliau sudi datang tanpa mengenakan apa-apa kos.Selain itu juga saya ada juga jemput seorang PAKCIK BUTA yang bermain VIOLIN sewaktu saya ternampak di SOGO tempoh hari dan beliau juga sudi hadir tanpa sebarang kos.Cuma kita bagilah sedikit cenderamata dan duit minyak sikit sebagai tanda penghargaan.Jadi secara tidak langsung...MALAM KEBUDAYAAN itu menjadi lebih meriah..kerana APA YANG PENTING,gambarannya dengan USAHA kita inilah akan menjadikan sesebuah CERITA itu lebih menarik untuk ditonton dan dikenang sepanjang masa!Insyallah.

Salam sayang buat semua.







Read more...

DOKUMEN LENGKAP PENGANJURAN KEM UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

UNIT KOKURIKULUM SK LEMBAH KERAMAT

Lawatan Kasih

SINGGAH SEBENTAR

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP