Unit Kokurikulum SK. Powered by Blogger.
Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa - Surah Al-Hujrat : 13

PENCARIAN

Thursday, April 10, 2014

PENJIMATAN KOS PELAKSANAAN KEM BERUNIFORM SEKOLAH

Terpanggil juga saya apabila memikirkan masalah kos dan perbelanjaan sekarang yang semakin meninggi berikutan dengan peredaran masa.Nak beli apa semua...mesti dah mahal tambahan pula dengan kos minyak yang naik...barang keperluan lain pun naik.Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak dan menjadi tugas serta tanggungjawab kitalah sebagai seorang pengguna lebih-lebih lagi sebagai seorang guru untuk bijak apabila berbelanja terutamanya apabila melibatkan kewangan sekolah yang merupakan amanah kepada kita sebagai seorang guru.

Penganjuran Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform juga tidak lari apabila kita berbicara tentang kos.Pendek kata kos akan tinggi sekiranya kita buat Kem di luar sekolah kerana ianya melibatkan banyak penyewaan termasuklah tapak dan pengangkutan.Jadi, untuk kurangkan kos apa salahnya kita buat sahaja kem tersebut di dalam sekolah!Maka kos yang digunakan nescaya berkurangan.Cuba kita lihat...untuk buat kem di luar jika tapak,alatan,dewan,makan dan minum kekadang sudah menjangkau perbelanjaan sekitar RM50-RM100 sekiranya melibatkan 2 hari 1 malam..itu belum lagi jika 3 hari 2 malam,sudah tentu kosnya semakin MELAMBUNG!

So..tidak salah jika kita adakan KEM tersebut hanya di dalam SEKOLAH.Selain kos boleh jimat...keselamatan murid pun terjamin sebab tidak ada binatang buas,sungai atau kolam dan masalah keselamatan yang lain serta membimbangkan.Pedulilah apa orang nak kata,BOSAN lah kem dalam sekolah.Cuma untuk jadi lebih menarik kita perlulah lebih kreatif dan lebih cakna dengan pengisian pelbagai slot dan aktiviti yang menarik.


Di sini saya bagi cadangan kepada cikgu bakal yang akan adakan KEM,cara bagaimana untuk CUT KOS!

1.Makanan dan minuman: 
  • -Berbincang dengan pihak kantin untuk mengurangkan kos makanan dan minuman.Katakan pada      mereka cikgu tetap setia dengan KANTIN dan tidak menempah makan luar dan puji sikitlah!
  • -Mintak sponsor sikit dengan PIBG...tak dapat banyak,....sikit pun jadilah.
  • -Adakan slot Ikhtiar Hidup seperti masakan hutan dan masakan kemudian suruh murid bawa  bahan mentah sendiri seperti beras,mee hoon,telur,sardin dan sebagainya barulah jimat.Lebihkan  minum air masak berbanding air manis terutamanya ketika makan malam.
  • Masak sendiri jek makanan..beli bahan mentah sendiri tetapi guru-guru kena BERLUMUS TUNGKUS sikitlah...
  • Mintak AIR MILO dengan syarikat NESTLE.

2. Khemah : 
  • Ada sekolah yang MEMBAZIR sewa khemah sehingga RM20 untuk 2 hari 1 malam.Apa kata kalau    rajin sikit buat surat kepada Pusat KOKO untuk pinjam khemah.Lepas tu pandang-pandang sikit kat  sekolah2 sebelah yang ada khemah..try lah mintak pinjam.Insyallah dapat!Yang penting kena usahalah.

3. Hadiah :
  • Budaya lama beli hadiah dengan PEMBEKAL secara L.O dikira sebagai jalan paling SELAMAT dan MUDAH tapi  sebenarnya barang akan berganda lebih mahallah daripada beli CASH.Cuba cikgu mohon sumbangan daripada semua PEMBEKAL dan syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan pihak sekolah..mintaklah 1 syarikat 1 atau 2 hamper ker..kalau dah semua dapat kan jadi banyak.So...untuk itu yang penting kena RAJINLAH lagi sekali!

4. Fasilitator:
  • Buat apalah bayar mahal-mahal pada konsultan yang belum tentu dapat impak yang kita harapkan.Tenaga guru kan ramai...pakat-pakatlah buat sikit sorang untuk cipta kelainan.Adakan LDK yang menarik minat murid...rasanya hasil lebih baik dari konsultan yang bernilai RM RM tu.
  • Tak pun buat surat mohon pelajar-pelajar sekolah menengah yang PRS tu pun boleh juga...atau STUDENT Universiti atau IPTA...paling tidak pun ALUMNI sekolah yang bila-bila masa bersedia berkhidmat sekiranya mendapat jemputan.

5. Alatan/Aktiviti:
  • Untuk pengetahuan cikgu skrg ni Pusat Kokurikulum Negeri saban tahun offer mana-mana cikgu yang berminat untuk jadi JURULATIH Pusat Koko.Sekolah saya tidak terkecuali..dah 2 org cikgu saya hantar..dan skrg mereka dah bergerak aktif di peringkat NEGERI dan KEBANGSAAN.Yang baiknya...tenaga    dan KEPAKARAN mereka inilah yang kita boleh gunakan di SEKOLAH pula..macam-macam aktiviti  yang baru dapat kita lihat sekiranya PASS tugas kat mereka.Satu lagi senanglah sikit nak pinjam ALATAN kat  Pusat KOKO kalau ada orang dalam ni(shhhhh!)
  • Satu lagi dalam banyak2 PARENT kat sekolah itu mesti ada sorang dua TAUKE alatan ker...TAUKE resort ker...rajin-rajinlah pakat jengok kot mana tau dapat BENDA FREE.Selain tu, tenaga mereka juga dapat kita guna untuk pelbagai tujuan.Insyallah mereka boleh membantu!

Jadi cikgu -cikgu banyak perkara kita boleh ubah dari kebiasaan daripada kita membazirkan kos yang bukan turun dari langit ni.Ada sekolah yang kutip sehingga RM100-RM200 untuk tujuan perkhemahan. Ini sesuatu perkara yang kita perlu ambil perhatian.Memang ramai antara kita akan kata"Takpalah...budak-budak saya mampu,biarlah nak kutip berapa pun", tapi tidak kita sed armungkin ada segelintir daripada mereka yang hanya berputih mata kerana tidak MAMPU membiayai kos tersebut.Sebaik-baiknya kutiplah wang sumbangan daripada murid secara minima dan  gunakan kos kewangan sekolah sebaik mungkin untuk tujuan tersebut serta tidak membebankan.

Sebagai tambahan juga untuk Perkhemahan sekolah saya,pada MALAM KEBUDAYAAN saya ada juga jemput seorang penyanyi yang baru meningkat naik melalui YOU TUBE dengan lagu-lagu MENGENANG MH370 dan beliau sudi datang tanpa mengenakan apa-apa kos.Selain itu juga saya ada juga jemput seorang PAKCIK BUTA yang bermain VIOLIN sewaktu saya ternampak di SOGO tempoh hari dan beliau juga sudi hadir tanpa sebarang kos.Cuma kita bagilah sedikit cenderamata dan duit minyak sikit sebagai tanda penghargaan.Jadi secara tidak langsung...MALAM KEBUDAYAAN itu menjadi lebih meriah..kerana APA YANG PENTING,gambarannya dengan USAHA kita inilah akan menjadikan sesebuah CERITA itu lebih menarik untuk ditonton dan dikenang sepanjang masa!Insyallah.

Salam sayang buat semua.







Read more...

DOKUMEN LENGKAP PENGANJURAN KEM UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

Read more...

Tuesday, January 21, 2014

KANDUNGAN BUKU PROGRAM MERENTAS DESA DAN SUKAN TAHUNAN

Read more...

Wednesday, January 1, 2014

PERSEDIAAN AWAL KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

KHAS UTK SU KOKURIKULUM DAN PK KOKURIKULUM.PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN UNIT KOKURIKULUM.

Read more...

Tuesday, July 9, 2013

MUSIM SUKAN DATANG LAGI...!

Baru-baru ini sekolah saya baru sahaja selesai menjalankan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke- 26 dan alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan berjaya.Pelaksanaannya kali ini sedikit berlainan berbanding penganjuran pada tahun lepas dengan pertambahan jumlah acara dan hadiah yang disediakan.Di sini saya sertakan senarai anugerah sukan yang cikgu-cikgu boleh adakah sewaktu Acara Kejohanan Balapan dan Padang di sekolah masing-masing agar lebih menarik.Tapi, bergantunglah kepada bajet sekolah masing-masing.Bijaklah untuk mencari sumbangan demi kepentingan anak-anak murid.

Anugerah dan hadiah yang dimaksudkan ialah:



BIL KATEGORI
1 OLAHRAGAWAN HARAPAN
2 OLAHRAGAWATI HARAPAN
3 OLAHRAGAWAN BAWAH -11
4 OLAHRAGAWATI BAWAH -11
5 OLAHRAGAWAN BAWAH -12
6 OLAHRAGAWATI BAWAH -12


BIL KATEGORI
1 JOHAN KESELURUHAN RUMAH SUKAN
2 NAIB JOHAN KESELURUHAN RUMAH SUKAN
3 TEMPAT KE-3 KESELURUHAN RUMAH SUKAN
4 JOHAN PERBARISAN KONTIJEN RUMAH SUKAN
5 NAIB JOHAN PERBARISAN KONTIJEN RUMAH SUKAN
6 PERSEMBAHAN RUMAH SUKAN TERBAIK
7 NAIB JOHAN PERSEMBAHAN RUMAH SUKAN
8 JOHAN HIASAN RUMAH PALING KREATIF
9 NAIB JOHAN HIASAN RUMAH SUKAN PALING KREATIF
10 JOHAN PENGURUSAN RUMAH SUKAN
11 NAIB JOHAN PENGURUSAN RUMAH SUKAN
12 MASKOT RUMAH SUKAN TERBAIK
13 NAIB JOHAN MASKOT RUMAH SUKAN TERBAIK
14 PUTERI RUMAH SUKAN PALING MENAWAN
15 NAIB JOHAN PUTERI RUMAH SUKAN PALING MENAWAN
16 JURULATIH TERBAIK
17 JOHAN PERBARISAN UNIT BERUNIFORM
18 JOHAN SUKANTARA
19 NAIB JOHAN SUKANTARA

Read more...

Monday, June 24, 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG TAHUN 2013

Sudah pasti sekolah tuan-tuan sedang dalam perancangan mengadakan kejohanan tahunan ini.Runsing dan perlukan perancangan serta borang berkaitan.Sila ke ruangan ini. http://kokurikulumsk.blogspot.com/2013/01/dokumen-lengkap-kejohanan-balapan-dan.html

Read more...

Sunday, March 3, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-26

Kejohanan Merentas Desa Kali ke-26 peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan pada 2 Februari 2013 (Sabtu) di mana telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Zulkefli dari Balai Polis Ampang Jaya dengan kekuatan anggota trafik seramai 3 orang. Kejohanan kali ini telah mendapat pujian dan perhatian daripada ibu bapa kerana telah diserikan dengan acara senam robik yang dikendalikan oleh instuktor khas yang dijemput ditambah lagi dengan slot Acara terbuka Ibu Bapa yang julung kali diadakan telah menawarkan hadiah barangan elektrik merupakan sumbangan daripada badan korporat dan individu.Banyak gerai kendalian BAKES juga telah dibuka bertujuan memberikan kesegaran dan kelainan dalam acara kali ini. Faktor keselamatan juga menjadi keutamaan apabila pihak sekolah berjaya mendapatkan tenaga Awam,PIBG, Anggota RELA seramai 10 orang dan Kadet Polis seramai 15 orang.Alhadulilah kejohanan yang diadakan berjaya dan tiada kecederaan yang dilaporkan.Rumah Hijau telah diumumkan sebagai juara.Insyallah akan ditambah baik lagi dari semasa ke semasa.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

UNIT KOKURIKULUM SK LEMBAH KERAMAT

Lawatan Kasih

SINGGAH SEBENTAR

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP