KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-26
Kejohanan Merentas Desa Kali ke-26 peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan pada 2 Februari 2013 (Sabtu) di mana telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Zulkefli dari Balai Polis Ampang Jaya dengan kekuatan anggota trafik seramai 3 orang. Kejohanan kali ini telah mendapat pujian dan perhatian daripada ibu bapa kerana telah diserikan dengan acara senam robik yang dikendalikan oleh instuktor khas yang dijemput ditambah lagi dengan slot Acara terbuka Ibu Bapa yang julung kali diadakan telah menawarkan hadiah barangan elektrik merupakan sumbangan daripada badan korporat dan individu.Banyak gerai kendalian BAKES juga telah dibuka bertujuan memberikan kesegaran dan kelainan dalam acara kali ini. Faktor keselamatan juga menjadi keutamaan apabila pihak sekolah berjaya mendapatkan tenaga Awam,PIBG, Anggota RELA seramai 10 orang dan Kadet Polis seramai 15 orang.Alhadulilah kejohanan yang diadakan berjaya dan tiada kecederaan yang dilaporkan.Rumah Hijau telah diumumkan sebagai juara.Insyallah akan ditambah baik lagi dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment